Dalam dunia nih...kekadang orang yang kita harapkan....paling hampir dengan kita tidak dapat membantu kita tetapi orang yang jauh dan yang kita tidak harapkan yang dapat membantu kita...bukan hanya semasa kita gembira tetapi masa kita dalam kesusahan, orang yang jauh inilah bersusah payah membantu dengan sedaya upaya tanpa jemu & penat lelah....
Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana diberi peluang bertemu dengan insan yang mulia ini....terharu & amat berterima kasih....
Baru aku teringat ayat ini...'Jika kita benci seseorang janganlah kita membencinya teramat sangat kerana mungkin kita akan suka padanya satu hari nanti, dan jika kita suka padanya janganlah kita suka teramat sangat dan mungkin kita akan membencinya satu hari nanti' jadi kesimpulannya...hidup ini hendaklah berserdehanaan (Wasathiyyah) dalam apa jua situasi sama ada dalam pergaulan, membeli belah, berpakaian, makan & minum agar mengingatkan kita supaya tidak terlalu gah, riak dalam kehidupan di dunia kerana hidup di dunia ini hanya sementara dan setiap sesuatu dipinjam oleh Allah...dan Allah akan tarik dengan izin-Nya pada bila-bila masa dikehendaki-Nya.....jadi kena lah beringat bahawa setiap tubuh badan ini adalah amanah yang dicipta oleh Allah untuk diri kita menjaganya dan janganlah menzalimi diri sendiri dan juga sesama manusia yang lain....peringatan untuk semua dan juga diri ini....
Antara perkara yang aku perlu latih diri untuk kesejahteraan berterusan (Practice makes perfect) :
1. Membina Ketabahan
Seringkali orang berkata: “kita hidup harus tabah…”
Menghadapi segala masalah perlu tabah, menghadapi kegagalan sekalipun juga harus tabah. Menerima sesuatu kejadian buruk yang datang dalam hidup ini juga perlu tabah.. tabah.. tabah.. dan TABAH.
Benarkah orang yang tabah adalah orang-orang yang kuat? Atau sebaliknya orang yang lemah mungkin jauh lebih tabah?
Adakah orang yang selalu berjaya dan bahagia itu adalah orang-orang tabah? atau sebaliknya orang yang selalu gagal, sentiasa jatuh bangun, dan selalu sakit hati itu yang sebenarnya orang-orang yang tabah?
Adakah orang yang lemah lembut itu memiliki hati yang lemah? adakah orang yang memiliki hati yang lemah, tidak dapat berubah menjadi tabah?
Persoalan ini tiada jawapan yang pasti, dan jawapan yang tidak akan memuaskan hati. Kerana memang benar ketabahan itu relatif, tiada ukuran untuk mengukur ketabahan hati seseorang. Tiada orang yang dapat menilai siapa yang layak diklasifikasi sebagai orang yang tabah.
Tetapi sudah pasti mereka yang pernah melihat dan mengalami perubahan, memahami hukum sebab – musabab, akan mengerti hukum kehidupan. Mereka akan dapat mengatasi semua persoalan hidupnya. Perkataan “tabah” adalah mudah dikatakan oleh sesiapapun, tetapi bagaimana untuk bersikap tabah itu memerlukan MOTIVASI yang kuat.
KETABAHANmemerlukan temannya rapat… iaitu “SEMANGAT”.
Ketabahan tidak akan muncul sendirinya bila tiada “semangat” dan “semangat” muncul setelah proses “penerimaan”. Penerimaan adalah kita dapat menerima semua keadaan dan kenyataan yang ada, menerima semua kegagalan, menerima semua bentuk ’sakit’, ‘jatuh’, ‘down’ dan apa – apa pun namanya yang menerjah hidup kita….
Jadi, sentiasalah bersemangat untuk menjadikan kita tabah!
dari:
http://akuislam.com/blog/renungan/membina-ketabahan/#ixzz2d4DGSyWh
2. Meningkatkan Kesabaran
3. Mencari ketenangan jiwa & hati
4. Stress Management
5. Hati kering
6. buat seperti Ada aku kisah
7.Lantak kau lah...
8.