Thursday, 25 October 2012

Jom Puasa Arafah




KELEBIHAN HARI ARAFAH
Hari Arafah atau Hari Wukuf adalah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Kelebihan Hari Arafah tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati oleh semua umat Islam lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidak ada hari yang mana Allah membebaskan sebegitu banyak roh dari api neraka Jahanam selain daripada hari `Arafah”. (HR. Muslim)

KEUTAMAAN PUASA ARAFAH
Tidak diragui lagi bahawa puasa Arafah adalah amalan yang afdal di sisi Allah SWT berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (HR. Muslim).
Selain berpuasa kita juga digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan soleh yang lain, seperti solat sunat tahajud, membaca al-Quran, berdoa, berSEDEKAH, melaksanakan Ibadah Korban dan sebagainya. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari Arafah akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT. Hari Arafah merupakan hari yang terlalu istimewa. Kedatangannya yang hanya sekali dalam setahun ini janganlah disia-siakan.
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tiada lagi pertolongan lain selain mereka yang menemui-Nya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda. Amin

Selamat berpuasa Arafah dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha
p/s : puasa x...I pose tapi niat ganti puasa...huhu....

Tuesday, 23 October 2012

懐かしい~ Natsukashii

Tiba-tiba hati terasa teringat sesuatu yang macam rasa seronoknya....natsukashii na....tengah buat-buat kerja terasa macam mengimbau balik kenangan lama masa dok kat Japan suatu ketika dulu.....

sebenarnya tadi tengah fikir...balik nanti nak singgah kedai nak beli itu ini almaklum ler gaji dah masuk.....then, terlintas...kan best kalu pasaraya fressay ada kat sini, caintz home.....wah wah...jauh berangan terus rasa nak pos kat blog nih...

Antara pasaraya yang aku kerap pergi masa dok kat Japan dulu :-

1. Cainz Home (スーパーホームセンター カインズホーム半田店)

bapa aku suka pergi sini cos kedai D.I.Y....kalau kat malaysia ni macam IKEA ke....camtuh lah...




2. Fressay

pasaraya ni lebih seperti Cold Storage atau Tesco kalau kat malaysia...best pergi sini cos masa tuh dekat dengan rumah...boleh jalan kaki jer....banyak makanan...selalu beli comic Ribon kat sini....




3. Big Camera

Pasaraya ni lebih kepada menjual barang Gadget elektrik dan elektronik...kalau kat malaysia ni macam HLK store, Sen Q, Harvey Norman......dan kalu nak beli game, camera, dll semuanya up to date di sini....boleh kira macam Lowyatt or Digital Mall....

 
 



 4. Takashimaya

Kira pasaraya besar dekat dengan tempat tinggal.....Takashimaya kira macam Metrojaya kalau kat Malaysia ni...barang semua standard dan agak mahal...tapi aku setiap kali pergi sini suka bahagian kanak-kanak...stationary....yang cute....cos ada bahagian Sanrio product...





 5. Suzuran

Pasaraya ni dikira macam Pavillion kalau kat Malaysia...hanya golongan elite saja yang mampu beli & milik,.....kita golongan biasa hanya mampu window shopping or kumpul duit dulu baru boleh beli...huhu...




 6. Jusco Japan

and...of course lah...pergi jusco di sana....kalau di Malaysia panggil Jaya JUsco...1st ada pun di Taman Maluri....pastuh balik dari Jepun baru ada banyak branch...sekarang dipanggil AEON.....



7. Takasaki Eki






Kesimpulannya...best giler dok kat Japan....banyak shopping complex & banyak barang untuk dilihat...banyak yang cute dan berkualiti...aku suka..kalo boleh nak pergi lagi....shopping macam-macam....meowww....






Friday, 19 October 2012

Tips-tips mengawal masalah kolestrol....

 
 
 
Masalah kolestrol tinggi bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, sebanyak 2.3 billion penduduk dunia menghadapi masalah berat badan berlebihan dan 700 juta daripadanya mempunyai masalah obesiti. Majoritinya adalah penduduk Asia termasuklah Malaysia.

Kolestrol merupakan sebatian berlemak yang juga dikenali sebagai lipid,yang beredar melalui darah. Kolestrol yang beredar dalam darah melalui ikatan pada kompleks protein yang dikenali sebagai lipoprotein.

Kolestrol yang tinggi mampu meningkatkan risiko diserang penyakit seperti kardiovaskular dan juga strok. Kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan dinding arteri tersumbat. Apabila ia semakin banyak, kolestrol tadi akan berkumpul dan menebal lalu menyebabkan saluran menjadi kecil dan pengaliran darah menjadi perlahan. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan aliran darah terus terhenti.

Langkah terbaik untuk mengurangkannya adalah dengan mengawal berat badan. Secara asasnya, badan akan menggunakan kalori lebihan ketika kita melakukan sesuatu kerja. Kalori yang berlebihan dari makanan yang dimakan akan menjadi lemak dan berat badan pula akan bertambah.

Makanan yang mempunyai kolestrol tinggi adalah seperti daging merah,kuning telur,makanan laut dan organ haiwan seperti hati.Sesetengah individu mengalami paras kolestrol yang tinggi disebabkan oleh faktor genetik .

Untuk mengurangkan kadar kolestrol, disarankan untuk mengambil makanan daripada sumber soya kerana jumlah pengambilan protein soya terbukti dapat membantu mengurangkan paras kolestrol. Protein soya adalah sumber makanan utama untuk membina sel darah, otot dan tisu badan.

Mengubah cara hidup dan diet adalah faktor penting dalam mengawal paras kolestrol. Kaedah memasak juga perlu dipertimbangkan kerana kaedah menggoreng berupaya meningkatkan jumlah asid lemak trans dalam makanan berbanding kaedah merebus,mengukus dan membakar. Menjadikan bersenam sebagai amalan adalah sangat bagus untuk kesihatan kerana ia mampu mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit.
 
 
 
 
 
Semalam pegi Pusat Kesihatan...amik result darah mak ngan ayah aku....kolestrol ni terbahagi kepada 2 kategori iaitu kolestrol baik dan kolestrol jahat (LDL)....mak aku punya LDL bacaan 3.1.....ayah aku 6.8....pergh tinggi giler...kalau ikut bacaan normal <2.6.....so doktor nk pantau ayah aku punya dan dia bagi ubat kolestrol yang kuat....tapi effect sendi pulak so nak balance kan kene mkn ubat glucosamine at the same time.....aku punya tahap LDL berapa agknya.....dh lama x check....mkn pun x jaga.,...xcercise pun x rajin...hua hua hua....
 
 
Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan memakan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi, kolesterol yang sedia ada di dalam badan juga harus dikurangkan. Berikut adalah makanan yang disarankan untuk anda mengambilnya untuk membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.
 
Paras kolesterol yang tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan badan dan jantung anda. Selain dari mengurangkan memakan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi, kolesterol yang sedia ada di dalam badan juga harus dikurangkan. Berikut adalah makanan yang disarankan untuk anda mengambilnya untuk membantu mengurangkan kolesterol di dalam badan.

1. Ikan dan omega-3


Anda disarankan memakan ikan ikan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antara ikan yang tinggi kandungan omega-3 nya adalah ikan tuna, tuna albacore, sardin, mackerel dan herring. Sebaik-baiknya ikan tersebut disediakan dengan cara dibakar, di panggang atau distim.

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan tersebut dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu ia mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut.

2. Minyak zaitun


Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi. Disarankan anda mengambil sekitar 23 gram minyak zaitun sehari untuk mendapatkan manfaat darinya. Kandungan antioksidan yang terkandung di dalam minyak zaitun ini mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilihlah minyak zaitun yang tulin kerana diyakini ia mengandungi lebih banyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.

3. Badam dan walnut

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tak tepu yang tinggi. Asid lemak tak tepu ini dapat membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat dan elastik.Secara umumnya kekacang mengandungi kalori yang tinggi. Dengan segenggam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada anda. Tetapi anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan kegemukan sekaligus meningkatkan risiko serangan jantung.

4. Gandum dan oat


Oat kaya dengan soluble fibre (serat larut) yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan najis. !0 gram lebih serat larut yang diambil setiap hari sudah mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut juga boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 

Thursday, 18 October 2012

Handphone VS Smart Phone




Criter pasal handphone ni...yang aku tahu, handphone ada bermacam-macam brand dan bermacam-macam model......cukup duit boleh beli yang mahal dan kepada yang tak cukup duit pkai yang biasa-biasa jer...yang penting bleh call & message...dengan lagu, amik gambar & main game smua tuh tambahan jer......

Aku start ada handphone pun masa masuk kolej matrik kot....time tuh ayah aku kata...kena ada handphone kalu apa2 senang nak contact..almaklum ler aku tercampak masuk kolej nun di utara sana tuh....huahuahua......

1st handphone yang aku ada cap Siemen ayah aku belikan...masa tuh umuq aku dalam 18thn kot...dan phone no. guna 013 (TM TOUCH) skrang Celcom dah amik alih....rupanya lebih kurang cam gini tapi yang peliknya battery asyik kong2 jer...so aku suka matikan handphone...last2 guna public phone gak...hehe...




Then tup tap...lpas aku setia dengan siemen dalam tempoh setahun dok kolej....aku dapat masuk U pulak....time tuh, ayah aku belikan aku kira hadiah lah..aku dapat hp butterfly....1st time berjinak dengan brand Nokia 8250 ....

aku paling suka design nyer..cantik looks feminin...dan boleh create tone apa nak cos dia ada boleh key in music note mcm CDEFGABCD ....then boleh main game ular

3rd handphone aku Nokia 3120...time nih cos rmai kekawan yang pkai hphone ada color screen dan tone pholyphonic....mcm2 tone boleh download and bleh gprs, sms yang bergambar....sanggup beli guna duit poket aku...tapi puas hati cos dapat hp yang dikira canggih pada masa tuh....


Aku setia pakai hp ni sehinggalah aku habis studi - convo - kerja kat RHB....lama gak kan? huhu....then dah brapa bulan keje kat RHB...simpan duit target nak beli Motorola V3i....almaklum aku rasa hp ni pling stylo, nipis & elegant sbb dia hitam & jenis flip....

maka hp aku yang ke 4 ialah Motorola V3i... kakkoii deshou??? ringtone pun sedap dan ada camera lagi 3mp....time ni lah aku suka download bermacam2 guna gprs dan gantung accesories kat tepi tuh...aku beli kat Ampang Park MOtorola punya booth lat ruang legar dengan harga RM900++ kalau tak silap tahun 2006....

 


 Then, aku setia dengan motorola selama 6 tahun sampai ke Jepun, Guangzhou, Medan dan Singapore jugak lah hp nih.....aku suka camera dia...walopun pixel x tinggi tapi photo jdik cntik.....

selepas setia selama 6 tahun, akhirnya aku kembali menggunakan brand Nokia semula....iaitu Nokia ExpressMusic 5800...1st time pkai yang touch screen..huhu....& boleh internet (wifi)....yang ni camera best gak....sound pun best...bunyi kuat giler namapun music express...puas hati lah....aku beli ni kat Warta dengan harga RM850.....



 Handphone ni  pula berjasa sangat2 semasa aku di KOrea...almaklum boleh msg2, dan sbg backup amik gambar bila camera digital samsung aku battery kong2......huhu...dan yang paling penting hp ni menyimpan seribu satu rahsia antara aku & mr.hubby cos baru knal...rupanya dia pun pkai hp mcm ni gak....ada chemistry gituh.....huhu....& hp ni jugaak permulaan aku ber tukar msg2 & gambar cute2 ngan mr.hubby masa bercinta dulu....haha "Kenangan Terindah".

Selepas 2 tahun pkai hp ni....akhirnya aku dpt hadiah from my mr.hubby....kategori Smartphone....wah beshnyer.....skrang aku menggunakan Samsung Galaxy S Advance....memang berbunga-bunga hati aku masa tuh...walopun x dapat ipad or iphone4s....dapat samsung pun jadiklah...function sama jer kan kan.....hua hua hua...



Semua features mmg best...kira apa yang boleh wat kat notebook boleh wat guna hp nih cuma tgk cd, dvd or bluray je lah xleh....tapi bagi aku dlm byk hp yang aku pkai yg inilah yg tercanggih pernah aku pkai....xtau lah pasnih kan...hahah.....smua nya Smart.....smart tv plak ke...apa kelemahan smart phone nih....battery dia mudah kong2...keje nye asyik nak charge jer....maybe sbb aku suka buat main kot,,,,hahaha...

 












Apakah Fibroid?

 
 
 



Schematic drawing of various types of uterine fibroids: a=subserosal fibroids, b=intramural fibroids, c=submucosal fibroid, d=pedunculated submucosal fibroid, e=fibroid in statu nascendi, f=fibroid of the broad ligament





 

Apa yang anda Perlu Tahu Tentang Fibroid?
 
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
 
Kebanyakkan simtom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.
 

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.
 
Apakah simptom yang dihadapi wanita?
 
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:

  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung
 
Bagaimana fibroid dapat dikesan?
 
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.
 

Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:

  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
 
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.
 
Sumber: alamhamil.com
 
 
 
Signs and symptoms
 
Fibroids, particularly when small, may be entirely asymptomatic. Symptoms depend on the location of the lesion and its size. Important symptoms include abnormal gynecologic hemorrhage, heavy or painful periods, abdominal discomfort or bloating, painful defecation, back ache, urinary frequency or retention, and in some cases, infertility.[4] There may also be pain during intercourse, depending on the location of the fibroid. During pregnancy they may be the cause of miscarriage, bleeding, premature labor, or interference with the position of the fetus.
While fibroids are common, they are not a typical cause for infertility accounting for about 3% of reasons why a woman may not have a child.[5] Typically in such cases a fibroid is located in a submucosal position and it is thought that this location may interfere with the function of the lining and the ability of the embryo to implant.[5] Also larger fibroids may distort or block the fallopian tubes.
 
Treatment
 
Most fibroids do not require treatment unless they are causing symptoms. After menopause fibroids shrink and it is unusual for fibroids to cause problems.
Symptomatic uterine fibroids can be treated by:
  • medication to control symptoms
  • medication aimed at shrinking tumours
  • ultrasound fibroid destruction
  • various surgically aided methods to reduce blood supply of fibroids
  • myomectomy or radio frequency ablation
  • hysterectomy
  • treatment for infection and anemia
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Monday, 15 October 2012

Korean Drama v(^___^)v


Sepanjang cuti duduk rumah....banyak aku layan drama korea yang tersiar di Astro...KBS lah...One HD lah....dan channel2 lain.....

Antara Korean Drama yang aku tengah layan...

1. Drama "Dear Love, My Love"



Sypnosis :
A love and success story of youths in early 1970s, when they were poor but full of dreams! Half-sisters, Seung-hui and Seung-ah, become twins due to the hopeless love of parents’ generation. By the twist of destiny, the two fall in love with the same man and become love rivals. Story of the twin sisters, who are different in every way, fight like cats and dogs but eventually reconcile! In this human drama, joy and sorrow of the girls’ family will be depicted in a way that gives you bright and warm feelings.

Then, aku juga layan drama...

2. "To Beautiful You".....comel drama ni,...tapi tiru JDrama Hanakimi....




Sypnosis :
This drama is based on Hisaya Nakajo‘s manga series Hana Kimi which was published by Hakusensha from 1996 to 2004.
The series centers on Goo Joo Hee (Choi Seol Ri), a Korean girl who lives in the United States. One day, she sees a track and field competition on TV, and becomes attracted to one of the high jump competitors, Kang Tae Joon (Min Ho). She begins to idolize the young athlete and eventually transfers to Korea to attend the same school that Tae Joon attends after he suffers an accident that could potentially end his career. However, Tae Joon attends an all-boys high school and Jae Hee must disguise herself as a boy to enter.

Then, ada lagi....hua hua...banyak nyer drama aku tengok......yang ni...

3. "My Blessed Mom"....xderla ikut sangat cos drama ni siar hari Jumaat jer....kira seminggu sekali...tu yang malas nak tunggu....




Sypnosis :
Dummy Mommy” is a story about a tale of love, conflict and reconciliation between three women of different generations.
Kim Young Joo (Kim Hyun Joo), a genius with an IQ of 200 and the youngest editor of a leading fashion magazine, is constantly embarrassed by her dim-witted mother, who has an IQ of 56. Ashamed of her mother’s intellectual disability and suffocated by her affection, Young Joo runs away to get married and leaves her mother behind. Young Joo, in turn, gives birth to her own daughter and finds herself in a different position.
Drama ni kira ok juga...kisah cinta & keluarga....agak komedi & ada juga scene yang sedih....huhu.....

And...The last Korean Drama yang aku layan hari-hari x pernah miss sepanjang aku bercuti rehat....ini...dia....

4. "Bride Of The Sun" drama agak berat...pasal company...perebutan harta..cinta tiga segi....dendam...dan yang penting happy ending......drama ni kira bagi aku pening, berfikir, and at the same time...bagi aku semangat sikit....sampai sekarang aku masih ingat jalan citer drama ni walaupun kat astro dah habis....keseluruhannya ada 112 episode...






Sypnosis :-
"Bride of the Sun" is a story about the love and success of a woman who stands strong and heals the wounds of her family. Kim Hyo-won (Jang Shin-young), an intern, falls in love with Jin-hyuk (Jung Eun-woo), a tall and handsome young man who disguises his identity and works in the theme park. Caught in financial difficulties, she chooses to give up everything and marries a billionaire business tycoon.

Lagu tema yang best dan pelakon yang hensem & cantik...i loike....Suka giler drama ni....especiallly the heroin + hero & dier punya pak guard...

apa yang penting....Choi Jin Hyuk + Kim Hyo Won = Choi Won Jin



~Love Korean Drama Forever ~

Khasiat Madu

 
 
 
 
KHASIAT MADU
 
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah karena dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, maupun kesehatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
 
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
 
Rasulullaah SAW, bersabda :
“Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
 
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Dalam al-Qur’an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
 
Fungsi Madu Dan Peranannya
  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
 
KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI:-
A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
 
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
 
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
 
 
UNTUK SEMUA:
 
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan
 
 
     

Monday, 1 October 2012

Khasiat Habatus Sauda

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:
  1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
  2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
  3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
  6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
  7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).


7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:
~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
~ polysaccharide
~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
~ amino acid yang membentuk protein
~ karotene iaitu sumber vitamin A
~ kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.