Monday, 26 November 2012

Khasiat Minyak Zaitun


Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.

Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:
”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.
”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Antara khasiat minyak zaitun:

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E yang tinggi
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan massage therapy
  • Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal
Sekarang aku tengah dalam proses makan kapsul minyak zaitun jenama Minsyam. Harap2 kulit aku tak kering dah, dan kadar kolestrol jahat turun....


No comments:

Post a Comment